Sunday, 27 November 2011

GOLONGAN KATA

  1. Dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
  2. Tergolong sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama(isi utama) frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  3. Kata tugas tidak boleh menjadi inti frasa endosentrik(frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif) tetapi masuk ke dalam binaan frasa, klausa,dan ayat melalui hubungannya dengan kata lain dalam 3 golongan kata itu.
 Kata Nama
  1. Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.
  2. Kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
 Kata Nama Khas

  1. Kata nama yang mendukung makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang.
  2. Ditulis dengan huruf besar pada awal perkataan.
  3. Dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup.
  4. Kata nama khas hidup terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:
-          kata nama khas hidup manusia
-          kata nama khas hidup bukan manusia.
  1. Contoh kata nama khas :
-          hidup manusia – Luqman Hakim, Dr. Robert, Profesor Abu Hassan, Datuk Rajen, Meor Zakaria, Haji Hamzah dan sebagainya.
-          hidup bukan manusia – Izrail, Munkar, Sang Arnab, Si Kinantan dan lain-lain.
-          tidak hidup – Sabak Bernam, Selat Melaka, Menara Kuala Lumpur, Kolej Islam dan sebagainya.


 Kata Nama Am

  1. Kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang bersifat umum.
  2. Contoh kata nama am iaitu :
-          hidup manusia – ayah, guru, kanak-kanak, kapten pencuri, seniman, setiausaha dan lain-lain.
-          hidup bukan manusia – burung, harimau, jin, malaikat, pokok, syaitan, dan sebagainya.
-          tidak hidup institusi – hospital, jabatan, kolej, majlis, persatuan, sekolah, universiti dan sebagainya.
-          tidak hidup bukan institusi konkrit – jalan, kampung, langit, negara, rumah, sungai dan sebagainya.
-          tidak hidup bukan institusi abstrak berbilang – amalan, galakan, pendapat, pukulan, rancangan, senyuman dan sebagainya.
-          tidak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang – cuaca, keindahan, kejujuran, kemahuan, roh, udara dan sebagainya.


Kata Ganti Nama

  1. Kata yang mengantikan kata nama am atau kata nama khas.
  2. Contoh kata ganti nama :
-          tunjuk – itu, ini, sana, sini dan sebagainya.
-          diri tanya – apa, siapa, mana dan sebagainya.
-          diri orang pertama – aku, beta, patik, saya, kita, kami.
-          diri orang kedua – anda, awak, engkau, kamu, kalian.
-          diri orang ketiga – beliau, dia, mereka, -nya.

      Kata Kerja
  1. Sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
  2. Terbahagi kepada 2 iaitu :
-          kata kerja transitif.
-          kata kerja tak transitif.


Kata Kerja Transitif

  1. Kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.
  2. Terbahagi kepada 2 iaitu :
-          kata kerja transitif aktif – Abang melukis potret bapa.
-          kata kerja transitif pasif – Potret bapa dilukis oleh abang.

  1. Kata kerja transitif aktif boleh mengugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif.
  2. Contohnya :
-          Kebersihan bandar raya Shah Alam mengagumkan kami. Kebersihan bandar raya Shah Alam mengagumkan.
-          Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan ibu. Keputusan peperiksaan kakak sungguh mengecewakan.


Kata Kerja Tak Transitif

  1. Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
  2. Kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan.
  3. Terbahagi kepada 2 iaitu :
-          kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
-          kata kerja tak transitif berpelengkap.


Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

  1. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikut pelengkap.
  2. Dapat dibuktikan menerusi penggunaan dalam ayat :
-          Kakak sedang menari.
-          Buah bacang itu gugur.
  1. Boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut :
-          Kakak sedang menarai di hadapan cermin.
-          Buah bacang itu gugur sejak semalam.


Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

  1. Memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
  2. Unsur – unsur yang boleh menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
  3. Contohnya :
-          pelengkap kata adjektif – Kesihatan bapa bertambah baik.
-          pelengkap frasa sendi nama – Cikgu Laila tinggal di Hulu Dong.
pelengkap kata nama – Budak itu berselim


GOLONGAN KATA (KATA TUGAS)



         Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kesemuanya menimbulkan masalah kepada para pelajar. Tetapi yang paling menyulitkan ialah golongan kata tugas.
         Yang menjadikan kata tugas bermasalah ialah kepelbagaiannya. Bukan sahaja jumlahnya besar, tetapi jenisnya amat pelbagai sehingga mengelirukan. Untuk memulakannya, kita hendaklah faham dan tahu akan definisinya serta cara menjenis-jeniskan golongan kata ini.



KATA TUGAS

         Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.
         Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat dibahagikannya kepada empat, iaitu:
1.           Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata hubung)

2.           Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)

3.           Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

4.           Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan tertentu (kata pascakata)


Kata Hubung

         Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancangan relatif, dan kata hubung pancangan komplemen.
         Jumlah kata hubung gabungan dalam bahasa Melayu amat besar, antaranya, dan, tetapi, atau, serta, seraya, sambil, dan lalu. Demikian juga dengan kata hubung pancangan keterangan; antaranya, walaupun, kerana, hingga, jikalau, untuk, dan apabila. Sebaliknya, hanya terdapat satu kata hubung pancangan relatif, iaitu yang. Jumlah kata hubung pancangan komplemen juga tidak banyak, antaranya, bahawa, untuk, dan supaya.


Kata Praklausa

         Golongan katat praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata Seru

         Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. Sebagai contoh ialah perkataan cis dan aduh dalam ayat-ayat yang berikut:
        
1.     Cis, penakut rupanya!
2.     Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat
dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).

Kata Tanya

         Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:
        
1.     Bilakah awak hendak ke pejabat pos?
2.     Berapakah harga buku itu?

Perhatikan bahawa dalam ayat yang mengandungi kata tanya (iaitu
ayat tanya), terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat tersebut.

Kata Perintah

         Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. Misalnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. Perhatikan contoh-contoh dalam ayat yang berikut:

1.     Jangan ambil buku daripada almari itu.
2.     Sila masuk ke dewan sekarang juga.
3.     Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan.

Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat

         Dua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah kata pembenar dan kata pangkal ayat, masing-masing tidak begitu kerap digunakan dalam bahasa Melayu dan tidak pula menimbulkan kesukaran. Contoh kata pembenar ialah benar dan ya, sementara contoh kata pangkal ayat ialah maka, arakian, hatta, dan sebermula.


Kata Prafrasa

         Yang agak besar jumlahnya dan yang kerap menimbulkan masalah ialah golongan yang ketiga, iaitu kata prafrasa. Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Bukan sahaja jumlah subjenisnya banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang besar dan kompleks penggunaannya. Subjenis kata bilangan juga kompleks, dan para pelajar selalu keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata pemeri.


Kata Bantu

         Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah, dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa hadapan (akan dan belum). Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:

1.     Mereka sedang menajalani latihan di pusat sukan.
2.     Pisang itu masih muda lagi.

Kata Penguat

         Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat ialah paling, agak, terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:

1.     Pelajar itu sungguh rajin.
2.     Karangan Anita agak baik.

Kata Penegas

         Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
1.           Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah –kah, -tah, dan –lah.

2.           Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang.

Beberapa contoh kata penegas dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.     Itulah ibu pejabat persatuan kami.
2.     Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.

Kata Nafi

         Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut. Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Peraturan inilah yang kurang diketahui oleh para pengguna bahasa, sehingga menimbulkan kesulitan. Sebenarnya, jikalau dipelajari dan difahami peraturan ini, penggunaan kata nafi tidak akan menjadi masalah.
         Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:

1.     Encik Ahmad bukan guru sukan kami.
2.     Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri
daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:
        
1.     Tetamu dia tidak datang.
2.     Pelajar itu tidak cergas sangat.

Kata Pemeri

         Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu:

1.           Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contohnya:
1.     Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi membasmi kemiskinan.

2.           Adalah, yang hadir di hadapan prediakt yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:
a)           Dengan predikat frasa sendi nama
1.     Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung tersebut.
b)          Dengan predikat frasa adjektif
1.     Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.
 












Kata Sendi Nama

         Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-masing dengna cara penggunaan tersendiri. Kata sendi nama adalah antara perkataan yang menjadi masalah bagi para pelajar. Berikut disenaraikan kata sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

         di                         bagi                      umpama              hingga
         ke                         demi                     sejak                    untuk
         dari                      untuk                            terhadap              antara
         daripada              tentang                 akan                     dengan
         kepada                 seperti                  oleh                      dalam
         pada

Kata Bilangan

         Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama. Contohnya, dua, lima belas, segala, semua, ketiga-tiga, masing-masing, dan separuh.


Kata Pascakata

         Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. Terdapat dua subjenis kata pascakata, masing-masing ditandai dengan perkataan –nya, iaitu kata penekan, yang memberikan penegasan, dan kata pembenda, yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama. Contoh fungsi penekan ialah sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya. Contoh fungsi pembenda ialah lajunya, sakitnya, dan datangnya.
         Demikianlah huraian ringkas tentang kata tugas, yang tiap-tiap satu memerlukan huraian yang lebih lanjut. Jelas kelihatan bahawa golongan kata ini penting dalam bahasa Melayu kerana peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap jenis.

NOTA PADAT HBML2103-MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
1. Definisi Morfologi


Nik Safiah Karim (1996): Kamus Dewan Edisi Keempat (2005): Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993):

mengkaji

• Struktur.

• Bentuk.

• Penggolongan kata. kajian pembentukan kata

• Infleksi (pengimbuhan).

• Terbitan.

• Pemajmukan. mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukannya. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata



2. EMPAT bentuk imbuhan

• Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata.

• Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata.

• Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata.

• Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata.



3. DUA bentuk kata majmuk

• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

• Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.



4. EMPAT golongan kata bahasa Melayu

kata nama,

kata kerja,

kata adjektif

kata tugas.



4 DUA jenis kata ganda bahasa Melayu

(i) Penggandaan penuh

(ii) Penggandaan separa



5. Definisi bagi subjek dan predikat

Subjek - Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan

Predikat - Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek



6. Dua jenis ayat tunggal

1. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Cth:

(i) Kamu.

(ii) Sudah?

(iii) Ini?

2. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Cth:

(i) di mana?

(ii) ke Kuala Lumpur

(iii) dari Terengganu



7. DUA jenis ayat majmuk keterangan

1. Keterangan musabab - merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku

2. Keterangan akibat - menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.



8. Konsep morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan.

• Unit yang terkecil dalam bahasa dan berfungsi gramatis.

• Dibahagikan kepada dua mengikut sifatnya, iaitu morfem bebas dan morfem terikat



9. Maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan,



10. Jenis-jenis kata adjektif bahasa Melayu.

(i) kata adjektif sifatan atau keadaan

(ii) kata adjektif warna

(iii) kata adjektif ukuran

(iv) kata adjektif bentuk

(v) kata adjektif waktu

(vi) kata adjektif jarak

(vii) kata adjektif cara

(viii) kata adjektif perasaan

(ix) kata adjektif pancaindera



11. Definisi imbuhan dan maksud imbuhan pinjaman.

Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk

lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.





12. Definisi ayat.

ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.



13.Konsep ayat aktif dan ayat pasif.

Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif.

Ayat pasif dibahagikan tiga kumpulan, iaitu pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama dan kedua, dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata kerja.



14. Jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.

1. ayat majmuk gabungan

2. ayat majmuk pancangan

3. ayat majmuk campuran

4. ayat majmuk pasif



15. Definisi klausa

satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.



16. Pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.

(a) Definisi Pola Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.



(b) Jenis-jenis Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:



Pola Jenis Pola Subjek Predikat

1. FN + FN Encik Shari ejen insuran

2. FN + FK Dia menjerit kesakitan

3. FN + FA Budak itu sangat nakal

4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu






No comments:

Post a Comment